top of page

PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Pengurusan Harta Pusaka

Terdapat dua bahagian dalam kehidupan setiap individu berkenaan dengan harta.

  1. Perancangan Harta Pusaka

  2. Pengurusan Harta Pusaka


Yang pertama merujuk kepada Wasiat, Hibah & Amanah. Lazimnya, ia dilakukan semasa seseorang itu masih hidup. Setelah perancangan telah dilakukan, ia masih tidak lagi lengkap kerana tiada pihak yang akan melaksanakan perancangan tersebut.

Perancangan tanpa Pengurusan hanyalah ibarat Cangkerang Kosong yang tiada faedahnya.

Oleh itu, Pengurusan Harta Pusaka amatlah penting terutamanya apabila seseorang itu sudah meninggal. Menurut Harian Metro (2020), terdapat hampir RM70 bilion wang dan aset tidak dituntut oleh Waris-Waris Arwah. Sudah tentunya, sebagai anak-anak atau ahli keluarga Arwah, kita mahu yang terbaik untuk Arwah termasuklah penyelesaian hutang dunia dan Akhiratnya.


Pengurusan Harta Pusaka oleh Syameel Danish & Co. akan memastikan setiap hutang yang ada akan dilangsaikan secepat mungkin dan harta pusaka seperti Rumah, Tanah, Wang Tunai, Kereta, Wang KWSP dan sebagainya diagihkan mengikut kehendak Arwah melalui Wasiat dan/atau Hibah atau Faraid, mengikut Ahli Faraid Arwah.


Semua peguam di Syameel Danish & Co. sentiasa tekad dalam menyelesaikan apa yang tertunggak dan menegakkan apa yang Haq. Jadi, kami menyediakan satu servis penyediaan Pengurusan Harta Pusaka secara komprehensif dan syumul.


Hubungi kami di pejabat.sfa@gmail.com atau 0184007500 atau 0164559096 untuk maklumat lanjut.



GALLERY

bottom of page