
(berdasarkan kes sebenar)
Bayangkan situasi di mana: -
1. Kassim (nama samaran) berkahwin dengan cinta sejatinya, Elaina (nama samaran) sepanjang 20 tahun perkahwinan.
2. Mereka dikurniakan 2 anak lelaki & 1 anak perempuan.
3. Seperti biasa, Kassim pun meletakkan Elaina sebagai penama untuk 100% simpanan KWSP.
4. Pada 2020, Kassim meninggal dunia akibat sakit jantung.
5. Elaina, dengan gembiranya pergi ke bangunan KWSP untuk mengeluarkan 100% duit simpanan KWSP Arwah sebab percaya yang penama boleh mendapatkan kesemuanya.
Satu kesalahan besar oleh Elaina kerana: -
a) Penama hanyalah sebagai pemegang amanah kepada duit simpanan KWSP.
b) Tidak sah untuk menggunakan untuk diri sendiri sahaja (sekiranya ada waris lain).
c) Sepatutnya duit KWSP tersebut dikongsi dengan waris (2 anak lelaki & 1 anak perempuan) sama ada mengikut persetujuan sama rata atau mengikut Faraid.
Pengajaran: Penama KWSP adalah sebagai pemegang amanah untuk waris-waris lain dan bukannya untuk memboros bagi diri sendiri. Tak pasal-pasal hidup makan dengan duit tak sah.
Comments