HIBAH | Syameel Danish & Co
top of page

HIBAH

Hibah - Salah Satu Kaedah Perancangan Harta Pusaka

"Sediakan payung sebelum hujan" yang membawa maksud berwaspada sebelum ditimpa sebarang kesusahan.

Dalam erti kata lain, kita mesti bersiap siaga dalam Perancangan Harta Pusaka kita. Dalam Islam, ada beberapa kaedah Perancangan Harta Pusaka.


Kami di Syameel Danish & Co. ingin berkongsi tentang Hibah. Ia ialah suatu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang. Pendek kata, Pemberi boleh memberikan hartanya kepada sesiapa sahaja.


Berbeza berbanding Wasiyyah, Hibah boleh diberikan kepada bukan ahli keluarga dan juga Waris Faraid. Hibah juga tidak mempunyai had terhadap jumlah harta yang boleh dihibahkan (Wasiyyah tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta).


Jadi, hibah merupakan salah satu kaedah Perancangan Harta Pusaka yang konklusif di mana anda boleh menghibahkan harta anda kepada yang tersayang tanpa ada sebarang sekatan oleh Waris Faraid.


Anda tentukan apa yang terbaik untuk anak-anak dan pasangan anda!

Kami, peguam di Syameel Danish & Co. sentiasa peka akan keistimewaan dan kepentingan sesuatu Hibah. Jadi, kami menyediakan satu servis penyediaan HIbah dan Perancangan Harta Pusaka yang lain secara komprehensif.


Hubungi kami di pejabat.sfa@gmail.com atau 0184007500 atau 0164559096 untuk maklumat lanjut.




GALERI

bottom of page