WASIYYAH | Syameel Danish & Co
top of page

WASIYYAH

Wasiyyah/Wasiat - Salah Satu Kaedah Perancangan Harta Pusaka

Wasiyyah bermaksud Iqrar oleh seseorang individu semasa beliau masih hidup berkenaan aset, manfaat atau hartanya, untuk dilupuskan atau dilaksanakan bagi tujuan sedekah atau perkara-perkara lain yang dibenarkan oleh Syarak, selepas kematiannya.


Secara alternatifnya, Wasiyyah membolehkan untuk memindah hakmilik aset seperti tanah dan rumah, selepas kematiannya, pada kadar 1/3 daripada jumlah harta sahaja serta penerimanya bukanlah dalam kalangan Ahli Faraid.

Satu persoalan timbul - Bolehkah harta seperti rumah, tanah, kereta, duit dan sebagainya diwasiatkan melebihi 1/3 daripada jumlah harta kepada Ahli Faraid seperti Ibu, Bapa, Isteri, Anak Lelaki, Anak Perempuan dan lain-lain?


Jawapannya - Perkara tersebut boleh dilakukan sekiranya semua Ahli Faraid bersetuju untuk melaksanakan Wasiat sebegitu.


Kami, peguam di Syameel Danish & Co. sentiasa peka akan keistimewaan dan kepentingan sesuatu wasiat. Jadi, kami menyediakan satu servis penyediaan Wasiat dan Perancangan Harta Pusaka yang lain secara komprehensif.


Hubungi kami di pejabat.sfa@gmail.com atau 0184007500 atau 0164559096 untuk maklumat lanjut.



GALERI

bottom of page