Tan Sri Zulkurnain Awang
top of page

Tan Sri Zulkurnain Awang

Chief Advisor

Tan Sri Zulkurnain Awang, sebelum ini, merupakan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Guru.


Beliau juga ialah pengarang buku dan artikel mengenai sektor awam dan swasta. Tan Sri Zulkurnain berkelulusan dari Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Sarjana Sastera dalam Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Sarjana   Sastera dalam Sains Politik dan Sijil Pentadbiran Awam dari Ohio University of United States of America ("AS"), serta PhD dari University of Leeds, England. Pada tahun 2000, beliau telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan dari Harvard Business School di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Tan Sri Zulkurnain Awang
bottom of page