Kenapa Berpoligami Secara Senyap-Senyap Sangat Merbahaya?
top of page
  • Syameel Amirundanish Soffian

Kenapa Berpoligami Secara Senyap-Senyap Sangat Merbahaya?


(berdasarkan kes sebenar)


Bayangkan situasi di mana: -

1. Ismail (nama samaran) berkahwin dengan Fatima (nama samaran) selama 10 tahun (2000 – 2010).

2. Sepanjang perkahwinan, Ismail dikurniakan 3 anak lelaki & 1 anak perempuan.

3. Dalam perkahwinan 10 tahun, Ismail berkahwin dengan Baizura (nama samaran) di Songkhla secara senyap-senyap (2005).

4. Untuk perkahwinan kedua, Ismail dikurniakan 2 anak lelaki & 1 anak perempuan sepanjang 5 tahun bersama (2005 – 2010).

5. 6 bulan sekali, Ismail akan melawat isteri kedua, menggunakan alasan bekerja di pelantar.

6. Pada tahun 2011, Ismail meninggal di pangkuan isteri pertama tanpa pengetahuan isteri kedua.

7. Keluarga isteri pertama pun memulakan pengurusan harta pusaka serta mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi dan atas persetujuan semua waris, mereka pun telah memindahmilik semua harta pusaka seperti berikut:

a) Rumah banglo di Bangsar South, Kuala Lumpur – Isteri Pertama & 1 anak Perempuan

b) Rumah semi-D dua tingkat di Tanjung Bungah, Penang – 2 anak lelaki

c) Kereta Mercedes-Benz Model AMG GLE + wang tunai sebanyak RM300,000.00 – 1 anak lelaki.


Persoalan – Bagaimana pula dengan keluarga isteri kedua?

1. Sepatutnya isteri kedua, 2 anak lelaki & 1 anak perempuannya mempunyai hak Faraid terhadap harta Arwah.

2. Kalau kita lihat carta di bawah, setiap waris Arwah ada bahagian Faraid:-


Isteri Pertama - 6/96

3 Anak Lelaki – 42/96

1 Anak Perempuan – 7/96

Isteri Kedua – 6/96

2 Anak Lelaki - 28/96

1 Anak Perempuan – 7/96


3. Kan dah susah kat sini, hak Faraid keluarga isteri kedua sudah terabai dan terpakai secara tak sengaja.

4. Kemudian, bila isteri kedua dapat tahu tentang kematian Arwah, bergaduh pulak dengan keluarga lagi satu.

5. Isteri kedua pun bawa kes ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah untuk void (batalkan) Surat Kuasa Mentadbir sebelum ini kerana keluarga isteri kedua tidak dimasukkan dalam senarai benefisiari, surat persetujuan dan penolakan.

6. Kan dah makan masa dan duit oleh kedua-dua pihak.

7. Setelah hampir 6 bulan perbicaraan, baru selesai dan kedua-dua pihak membuat persetujuan penghakiman untuk split semua harta pusaka Arwah.


Pengajaran: Jangan sembunyikan perkahwinan kedua, ketiga / keempat anda. Berlakulah adil kepada semua keluarga yang terlibat. Tak pasal-pasal isteri-isteri, anak-anak nak keluarkan duit berbelas-belas ribu semata-mata nak selesaikan perkara macam ni.
7 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page